Hoohah! Haa, sekali lagi kerajinan saya membuak-buak untuk update blog yang baru sahaja di-updatekan. Maklumlah, wajah baru la katakan ye. Haha, apa saya peduli, tangan saya amat gatal hendak menari-nari diatas keyboard ini. Saya puun tanpa membuang masa, hanya memberi sahaja laluan kepada tangan serta jari-jemari ini.
Kali ini, saya hendak bercerita pasal social networking saya yang terbaru! Walaupun saya baru sahaja buat, tapi sebenarnya sudah lama ada benda ini. Cuma saya sahaja yang tidak tercapai hajat untuk membuka akaun ini. Pada mulanya saya tidak faham untuk apakah ini. Tapi setelah diberi penerangan yang agak pendek sahaja daripada pakar ilmuan dalam bidang ini [anda semua tahu siapakan?] maka, akhirnya saya berjaya memahaminya.
ini lah dia! Formspring. Tempat seperti kaunter pertanyaan.
Tanyalah apa sahaja yang anda inginkan kepada si pemilik profile. Jangan risau, segala soalan anda tidak akan disembunyikan. Jika si pemilik profile beraksi untuk menjawab soalan anda, soalan anda akan dikeluarkan diprofile si pemilik tanpa ade satu pon cacat cela. Memang 100 peratus asli daripada otak anda semua. Tetapi, hati-hati kerana jika si pemilik beraksi untuk mendelete soalan anda, maka soalan anda bukan sahaja akan ditapis, malah langsung tidak keluar dan tidak akan ada siapa pun yang akan tahu tentang soalan anda kecuali anda dan si pemilik profile. Sudahlah soalan anda tidak dijawab, malah anda akan terasa seperti terkena lempangan yang amat hebat kerana soalan anda tidak dilayan. [haha, padan muka kau]
Saya pun sudah buat formspring.[nak btaw lagi ke?]. Sudah lengakap diletakkan sebagai widget di tepi blog ini. Maka, sesiapa yang ingin tanya soalan ke ingin tanya jawapan ke. Silalah jangan menghalang jari-jemari anda daripada menari-nari di keyboard itu. Jangan risau saya jawab dengan jujur malah tidak akan ada satu jawapan pun yang boleh membuatkan anda tertanya-tanya samada saya jawab jujur atau tidak.
p/s : Tanya ye jangan xtanya
p//s : sesape yang dah buat tuh, follow me taw.
p///s : peace out..
2 comments:
follow aku jugak paan
http://www.formspring.me/wanperlis
done following.akan di tanya sebaek mungking..
Post a Comment