Apa kau faham pasal aku?
Apa kau faham pasal hidup aku?
Bukan kau yang aku cari saat aku susah.
Bukan aku yang kau cari tika aku sesak.
Mereka, teman terbaik.
Engkau, nilai aku sekadar luaran.
Jauh sekali, aku kecewa.
Jauh sekali, aku membenci.
Teringin sekali,
aku hadiahkan senyuman lebar.
Kau mengajar erti cekal.
dan, beza kaca dan permata.
Aku semakin hargai mereka.
Diam,
aku bahagia.
Tuesday, April 27, 2010
Sunday, March 21, 2010
Network Saya Terbaru
Assalamualaikum~~
p/s : Tanya ye jangan xtanya
p//s : sesape yang dah buat tuh, follow me taw.
p///s : peace out..
Hoohah! Haa, sekali lagi kerajinan saya membuak-buak untuk update blog yang baru sahaja di-updatekan. Maklumlah, wajah baru la katakan ye. Haha, apa saya peduli, tangan saya amat gatal hendak menari-nari diatas keyboard ini. Saya puun tanpa membuang masa, hanya memberi sahaja laluan kepada tangan serta jari-jemari ini.
Kali ini, saya hendak bercerita pasal social networking saya yang terbaru! Walaupun saya baru sahaja buat, tapi sebenarnya sudah lama ada benda ini. Cuma saya sahaja yang tidak tercapai hajat untuk membuka akaun ini. Pada mulanya saya tidak faham untuk apakah ini. Tapi setelah diberi penerangan yang agak pendek sahaja daripada pakar ilmuan dalam bidang ini [anda semua tahu siapakan?] maka, akhirnya saya berjaya memahaminya.
ini lah dia! Formspring. Tempat seperti kaunter pertanyaan.
Tanyalah apa sahaja yang anda inginkan kepada si pemilik profile. Jangan risau, segala soalan anda tidak akan disembunyikan. Jika si pemilik profile beraksi untuk menjawab soalan anda, soalan anda akan dikeluarkan diprofile si pemilik tanpa ade satu pon cacat cela. Memang 100 peratus asli daripada otak anda semua. Tetapi, hati-hati kerana jika si pemilik beraksi untuk mendelete soalan anda, maka soalan anda bukan sahaja akan ditapis, malah langsung tidak keluar dan tidak akan ada siapa pun yang akan tahu tentang soalan anda kecuali anda dan si pemilik profile. Sudahlah soalan anda tidak dijawab, malah anda akan terasa seperti terkena lempangan yang amat hebat kerana soalan anda tidak dilayan. [haha, padan muka kau]
Saya pun sudah buat formspring.[nak btaw lagi ke?]. Sudah lengakap diletakkan sebagai widget di tepi blog ini. Maka, sesiapa yang ingin tanya soalan ke ingin tanya jawapan ke. Silalah jangan menghalang jari-jemari anda daripada menari-nari di keyboard itu. Jangan risau saya jawab dengan jujur malah tidak akan ada satu jawapan pun yang boleh membuatkan anda tertanya-tanya samada saya jawab jujur atau tidak.
p/s : Tanya ye jangan xtanya
p//s : sesape yang dah buat tuh, follow me taw.
p///s : peace out..
Saturday, March 20, 2010
Saya Ingin Bangun Awal!
Assalamualaikum~~
Fikir punya fikir, akhirnya saya hanya mampu memberikan 8 sahaja sebab, otak masih tepu agaknya. Maklumlah baru bangun tidur kan. Mari semua tengok2 apa yang otak seorang psycho ini mampu untuk memberikan kepada semua yang tidak suka bangun pagi.[ouch terkena la pulak]
Hoohah! Sekali lagi saya merajinkan diri saya untuk update blog ini. Agak teruja saya untuk update blog ini. Jangan tanya saya mengapa ya, sebab saya pun tidak tahu. Hahaa, apa-apa pun saya tetap ingin update blog ini.
Baiklah, pagi tadi..[tgh hari sebenarnya] saya bangun dan saya lihat jam "tidak!! da tengah hari masyaAllah, terlajak tidur pulak" Terus saya tanpa membuang masa bukak laptop dan mula la berblog. Mula-mula hanya bace2 sahaja blog-blog di Geng Blogger tapi, mane boleh saya puas hati. Mesti la saya pun mahu update jugak blog ini memandangkan orang lain asyik benar update blog mereka. Maka, saya pun terjumpa topik menarik...
Kenapa Kita Mesti Bangun Awal?
Fikir punya fikir, akhirnya saya hanya mampu memberikan 8 sahaja sebab, otak masih tepu agaknya. Maklumlah baru bangun tidur kan. Mari semua tengok2 apa yang otak seorang psycho ini mampu untuk memberikan kepada semua yang tidak suka bangun pagi.[ouch terkena la pulak]
- Work On Yourself - Itulah alasan saya yang pertama yang dapat saya perahkan. Memang, bagi saya, kalau ingin membuat sesuatu hanya untuk diri sendiri, waktu pagi lah yang terbaik. Tidak kisah la untuk ape pun, baca buku, senam, apa sahaja. Bila suda tengah hari, semakin banyak perkara yang perlu diambil kira, kalau kita sibuk sahaja dengan senam di tengah hari, kita mungkin akan terlepas pergi kerja, atau mungkin terlambat pergi kelas atau mungkin langsung tidak pergi kelas [lagi skali trase]
- Exercise Your Body - Haaa... perlukah saya terangkan lagi? Pergi lah bersenam. Pagi2 adalah yang terbaik untuk senaman. Gym atau pun traffik jalan raya masih lagi kosong. Agak sesuai untuk jogging
- Get Ready For Big Stuff - Yang ini pula sebenarnya yang terakhir sekali saya dapat fikir, tapi pada saya ianya agak penting kerana tengok lah isi utamanya get ready for big stuff. Bangun pagi memudahkan kerja anda disiang hari. Anda boleh menyelesaikan perkara remeh temeh seperti kemas katil, sapu bilik, even anda boleh mandi dengan selesa dan tanpa sebarang ganguan juga anda boleh berkaraoke dalam bilik air. Selesaikan perkara kecil dan remeh temeh dulu supaya senang anda menguruskan perkara yang lebih besar seperti kerja ataupun study
- Increase Your Productivity - Baiklah, yang ini hampir same sahaja isi dia dengan yang no 3 tapi tidak ape lah. Cuba bayangkan kalau anda bangun pagi2. Apa anda boleh buat? Banyakkan. Jika anda bangun pagi, anda sudah boleh mula kerja awal dan anda mungkin akan selesai ketika tengah hari. Boleh la anda pulang untuk meluangkan masa bersama yang tersayang. Jangan lupa, supaya tidak perlu beli makanan tengah hari sebab makanan sudah tersedia untuk anda dirumah. Haa, seronokkan?
- Use Morning Time For Thinking - Ade pepatah mengatakan, 'gunalah masa pagi untuk berfikir'. Maka gunakanlah waktu pagi sebaik2nya. Janganlah lepaskan peluang dipagi yang indah untuk berfikir sejenak apa yang akan lakukan pada hari ini. Apa yang akan terjadi pada hari ini. Juga boleh menggunakan waktu pagi2 untuk fikir cara2 menyelesaikan masalah semalam yang masih tidak selesai. Tapi kalau sayalah, selagi ada masalah yang tidak selesai, tidak mungkin saya dapat tidur malamnya. Haha.
- Go With Nature - Pernahkan anda yang duduk dikampung, bila pagi2 sahaja orang tua2 selalu buka tingkap untuk memberikan laluan kepada cahaya matahari masuk. Itu lah dia teknik rahsia untuk mendapatkan kesegaran maksimum di pagi hari. Pernah dengar orang cakap, matahari diwaktu pagi amatlah baik kerana boleh menjadi sumber vitamin D? Haa, dalam badan kita satu provitamin D [7-dehydrocholesterol]. Provitamin ini memerlukan cahaya UV daripada matahari untuk menjadi choliferol yang seterusnya berreaksi dengan hydroxylase dalam liver dan seterusnya berintreaksi dengan hydroxylase didalam kidney pula sebelum menjadi calcitriol [active form of vit D]. Seperti mana anda semua tahu, vit D amat penting dalam badan kita jika anda tidak mahu mendapat Liver or Kidney disease.
- Beat The Traffic - Haaa. Ini juga amat penting. Kalau anda tidak mahu terlewat pergi kerja ataupun pergi kelas, bangunlah awal2. Jika tidak anda mungkin akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Walaubagaimana pun, situasi ini berlainan bagi anak orang kaya. Yelah, mereka pergi ke sekola mengguna helicopter, maka, mereka tidak perlulah bangun awal. Ciss, tidak adil sungguh! Saya suka kalau saya bangun pagi2 dan hujan dengan lebatnye, sudah la sejuk menyusahkan si kaya itu menaiki helicopter untuk ke sekolah atau ke kerja
- More Free Time - Haaa, maka inilah yang terakhir boleh saya berikan. Betul2. Kalau anda bangun awal, dan menghabiskan kerja anda awal2. Maka, banyaklah masa anda yang terluang. Boleh la anda update blog, baca blog, klik nuffnang, cari idea atau maklumat berguna dalam internet and even merapatkan jurang yang sudah jauh! Haa... cubalah anda semua bangun awal. Anda pasti merasa kelainannye
Haha. Maka selesai sudah entry saya kali ini. Semua ini gara-gara saya bangun lewat dan terlepas peluang untuk main game. Sangat tidak suka, tetapi agak bernasib baik sebab hari ini cuti. Maka saya pun adalah masa untuk update blog ini. Itu belum dikira katil yang masih tidak berkemas, buku yang masih berterabur dan baju yang masih belum basuh. Aduss..
p/s : saya semakin rajin?
p//s : blog sudah maju lah!!
5 Hukuman yang patot di adakan balek
Assalamualaikum~~
Ni yang patut ada sekarang.[sebenarnya sudah ada, tapi cuma di tidak adakan balik semula.]
Hoohah! saya kembali lagi! Waa, agak rajin ye saya update blog ni. Yelah, wajah baru la katakan. Idea nak buat post dan entry baru berlambak2 sahaja. Saya pon tidak mahu tgu lame2, saya terus capai keyboard, bukak dashboard, klik new post dan bermula lah fantasi saya untuk buat post baru.
Baiklah, seperti mana anda semua tahu, sekarangkan, semakin banyak jenayah berlaku. Tidak kisahlah di mane, tapi, dimana ade populasi manusia, akan terdapat jugak jenyah kan. Semakin banyak pula jenayah yang berlaku, lihat sahaja lah contoh ni,
"Menurut taklimat polis kepada Perdana Menteri, jenayah ganas meningkat 13.4 peratus. Kes rogol naik 30 peratus manakala rompakan berkumpulan melonjak 160 peratus. Mencabul kehormatan naik 12.4 peratus, pecah rumah waktu malam bertambah 21.7 peratus, pecah rumah siang hari naik 4.2 peratus, curi motosikal meningkat 3.2 peratus, curi kereta naik 11.4 peratus dan kecurian lain naik 5.1 peratus."
"Pelajar daripada kaum Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 72.7 peratus atau 6,401 orang diikuti India (10 peratus atau 876 orang) dan Cina (7.3 peratus atau 641 orang)."
"Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM."
Haa, macam mana? banyakkan jenayah yang berlaku dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan hinggalah menaik ke tahun. Saya pon tidak tahu kenapa jenayah makin meningkat. Kadang bila saya termenung, saya tertanya-tanya pada diri saya, "meraka semua ni tidak ade kerje lain ke? kenapa mereka nak bunuh orang jugak? kenapa mereka nak merogol jugak, kenapa mereka sanggup untuk buang bayi, kenapa mereka sanggup mencuri?"
Terus, salah satu reason tersumbat dalam kepala saya. Mereka tidak takutkan hukuman-hukuman yang ade di tempat mereka. Mereka berani buat sebegitu sebab pada mereka, kalau tertangkap pun hanya penjara dan boleh diikat jamin. Tengok lah sahaja hukuman kepada orang yang merogol, cume 20 sebatan dan penjara seumur hidop. Mereka yang belum tengok demonstrasi itu hanya anggap 20 sebatan tuh seperti rotan daripada ibu mereka. Sudah hilang takut mereka nak buat jenayah. Jangan dicakap la salah disisi agama, memang meraka sudah tidak takut dengan hukuman akhirat. Mereka lebih takutkan hukuman dunia. Apa mereka peduli pasal akhirat. Agama sudah tidak penting lagi disisi mereka. Mereka berzina, lepas itu, sudah termengandung mereka buang hasil mereka. Mereka sudah membunuh pula. Bila ditangkap dan ditanya kenapa mereka buang anak yang tidak berdosa itu, "kalau kantoi saya mengandung teruk saya kena dengan mak bapak saya nanti" kepala hotak dia. Tidakkah dia sedar sudah dua dosa besar dia buat? Dia sepatutnya lebih takutkan hukuman akhirat daripada hukuman di dunia. Hmm.. apalah nak jadikan??
Walaubagaimanapun saya tetap berfikir hukuman2 yang dikenakan terhadap mereka yang berjenayah ini patut diberatkan dan di lakukan dengan lebih seksa. Mereka tidak akan takut dengan hukuman gantung sampai mati, sebab walaupun mereka tahu mereka akan menyesal, mereka tetap berani sebab pada mereka, hukuman hanya mati. Tiada seksaan. Jadi, hukuman2 sekarang patut lebih seksa daripada mementingkan kematian. Hukuman yang khas hendak menakutkan penjenayah2 dan untuk menyeksa mereka.
Ni yang patut ada sekarang.[sebenarnya sudah ada, tapi cuma di tidak adakan balik semula.]
The Brazen Bull - Ini my personal favorite. Si pesalah diletakkan di dalam satu patung yang berbentuk seperti lembu yang diperbuat daripada 'brass' [loyang], dan dibawah patung tersebut akan ada api yang menyala seperti memanggang lembu itu. Di patung itu juga terdapat seperti tiub sempit yang menjadikan jeritan si pesalah yang terseksa itu seperti terikan lembu tersebut. Pesalah akan terpanggang sampai mati.
The Breaking Wheel - Saya agak tidak faham yang ini, tapi ianya seperti menarik. Menurut yang saya faham, si pesalah akan diikat pada tayar wagon yang besar. Si pemberi hukuman akan menggunakan penukul untuk memecahkan tulang2 si pesalah. Haa, sakit kan??
The Judas Cradle - Ini pada saya lebih mementingkan humiliation daripada hukuman. Alat hukuman ini terdiri daripada tempat duduk yang berbentuk piramid. Si pesalah akan duduk diatas piramid itu dan tip of the piramid akan di sumbatkan dalam lubang pungung si pesalah. Si pesalah akan dipaksa lowered slowly, very slowly until the orifice is was stretched. Sakit kan. Oh, dan untuk menambahkan kejatuhan air muka si pesalah, hukuman ini dibuat secara publik dan si pesalah hendak lah bogel.
The Knee Splitter - Yang ini pun sperti menakutkan dan menyeksakan juga. Alat ini selalu di gunakan semasa proses soal menyoal si pesalah. Biasanya dieperbuat daripada dua kayu atau besi yang diletakkan secara atas bawah dan masing-masing terdapat 6 hingga 20 spikes yang tajam. Ia terdapat satu skru yang membolehkan si penghukum untuk menutup rapatkan kedua2 kayu atau besi tersebut secara perlahan sehinggalah lutut si pesalah pecah secukup-cukupnya. Seksa tak?
The Saw Toture - Yang ini lah merupakan yang paling seksa bagi saya. Si pesalah akan digantung terbalik, dalam keadaan bogel. Selain untuk memalukan dia, ianya juga untuk memperlahankan perjalanan darah dari ke bahagian bawah badan. Ini kerana si pesalah akan di gergaji secara manual mengikut si penghukum untuk gergaji secara perlahan ataupun laju. Si pesalah akan digergaji dari atas kebawah iaitu, daripada celah kelangakang si pesalah terus hingga ke kepala. Terdapat juga kes dimana si penghukum memberhentikan hukuman setelah si pesalah terpotong separuh kerana ingin memberi lebih seksaan. Huahaha.
Itu sahajalah agaknya, Saya agak tidak suka dengan tukang orang jahat ni, amat gemar menganggu ketenteraman orang lain. Ada sahaja yang mereka buat untuk menyakitkan hati orang lain. Mereka tidak tahu ke mereka akan kene tangkap dan dihukum? Atau mereka sudah tahu, tapi tidak takut?
p/s : saya hanya taip apa yang saya nak. tidak ada niat nak nak buat sape2 terasa atau terkena
p//s : seriyesli, saya benci criminal.
p/s : saya hanya taip apa yang saya nak. tidak ada niat nak nak buat sape2 terasa atau terkena
p//s : seriyesli, saya benci criminal.
Friday, March 19, 2010
New Face
Assalamualaikum~~
Wahh. bagi salam penuh ye saya. Terbaiklah. Kali ini punye entry saje nak cerita wajah baru blog ini. Haaaa, perasan tak, blog saya suda bertuka rupa? Yelahkan, mana la saya tahan da bertahun blog tuh asek style camtuh je, so nk jgk tuka2 sekali sekale. Saya tak tahu la kalau kalau ade yang da perasan blog ni sudah menjalani pembedahan pelastik untuk mendapatkan wajah baru, tapi serius!! blog ini sudah menjalani pembedahan plastik untuk mendapatkan wajah baru.
Doktor yang menjaya pembedahan ini, amatlah bertauliah, muda2 lagi sudah menjadi doktor. Tentu sedikit orang2 yang hidup setanding dengan beliau. Untuk pengetahuan semua, pembedahan dijalankan secare solo. Langsung tiada siapa-siapa tolong beliau. Serius ni! semuanye beliau buat sendiri, memang beliau lah yang terbaik, beliau lah yang terhebat. Saya pernah berangan hendak jadi macam beliau suatu hari nanti, tapi, saya rase sudah terlambat, umur kami same. Jadi, nampak gayanya, seratus tahun lagi la untuk saya memotong beliau dalam bidang ini.
[jangan tertipu, ini cume header ya]
Ok. Sampai disini sahaja lah entry saya untuk kali ini. Beliau adalah insan yang paling rapat dengan saya, dan satu-satunya insan yang saya syukur sangat2 sebab wujud dalam dunia ini selain mak saya. Saya sayang beliau tahu!! jangan ganggu kami berdua. :)
p//s : haha, akhirnye, dapat jgk idea nak buat header
p///s : oyeah~~ bejaye xbuat titik2 banyak2.
p////s : Terima Kasih sangat2 sayang sebab buatkn balek my blog ni. nanti ajar i ya~~
p/////s : love you!!