Take a look.



Saturday, March 20, 2010

Saya Ingin Bangun Awal!

Assalamualaikum~~
Hoohah! Sekali lagi saya merajinkan diri saya untuk update blog ini. Agak teruja saya untuk update blog ini. Jangan tanya saya mengapa ya, sebab saya pun tidak tahu. Hahaa, apa-apa pun saya tetap ingin update blog ini.

Baiklah, pagi tadi..[tgh hari sebenarnya] saya bangun dan saya lihat jam "tidak!! da tengah hari masyaAllah, terlajak tidur pulak" Terus saya tanpa membuang masa bukak laptop dan mula la berblog. Mula-mula hanya bace2 sahaja blog-blog di Geng Blogger tapi, mane boleh saya puas hati. Mesti la saya pun mahu update jugak blog ini memandangkan orang lain asyik benar update blog mereka. Maka, saya pun terjumpa topik menarik...

Kenapa Kita Mesti Bangun Awal?
MySpace

Fikir punya fikir, akhirnya saya hanya mampu memberikan 8 sahaja sebab, otak masih tepu agaknya. Maklumlah baru bangun tidur kan. Mari semua tengok2 apa yang otak seorang psycho ini mampu untuk memberikan kepada semua yang tidak suka bangun pagi.[ouch terkena la pulak] 

  1. Work On Yourself - Itulah alasan saya yang pertama yang dapat saya perahkan. Memang, bagi saya, kalau ingin membuat sesuatu hanya untuk diri sendiri, waktu pagi lah yang terbaik. Tidak kisah la untuk ape pun, baca buku, senam, apa sahaja. Bila suda tengah hari, semakin banyak perkara yang perlu diambil kira, kalau kita sibuk sahaja dengan senam di tengah hari, kita mungkin akan terlepas pergi kerja, atau mungkin terlambat pergi kelas atau mungkin langsung tidak pergi kelas [lagi skali trase]

  2. Exercise Your Body - Haaa... perlukah saya terangkan lagi? Pergi lah bersenam. Pagi2 adalah yang terbaik untuk senaman. Gym atau pun traffik jalan raya masih lagi kosong. Agak sesuai untuk jogging

  3. Get Ready For Big Stuff - Yang ini pula sebenarnya yang terakhir sekali saya dapat fikir, tapi pada saya ianya agak penting kerana tengok lah isi utamanya get ready for big stuff. Bangun pagi memudahkan kerja anda disiang hari. Anda boleh menyelesaikan perkara remeh temeh seperti kemas katil, sapu bilik, even anda boleh mandi dengan selesa dan tanpa sebarang ganguan juga anda boleh berkaraoke dalam bilik air. Selesaikan perkara kecil dan remeh temeh dulu supaya senang anda menguruskan perkara yang lebih besar seperti kerja ataupun study

  4. Increase Your Productivity - Baiklah, yang ini hampir same sahaja isi dia dengan yang no 3 tapi tidak ape lah. Cuba bayangkan kalau anda bangun pagi2. Apa anda boleh buat? Banyakkan. Jika anda bangun pagi, anda sudah boleh mula kerja awal dan anda mungkin akan selesai ketika tengah hari. Boleh la anda pulang untuk meluangkan masa bersama yang tersayang. Jangan lupa, supaya tidak perlu beli makanan tengah hari sebab makanan sudah tersedia untuk anda dirumah. Haa, seronokkan?

  5. Use Morning Time For Thinking - Ade pepatah mengatakan, 'gunalah masa pagi untuk berfikir'. Maka gunakanlah waktu pagi sebaik2nya. Janganlah lepaskan peluang dipagi yang indah untuk berfikir sejenak apa yang akan lakukan pada hari ini. Apa yang akan terjadi pada hari ini. Juga boleh menggunakan waktu pagi2 untuk fikir cara2 menyelesaikan masalah semalam yang masih tidak selesai. Tapi kalau sayalah, selagi ada masalah yang tidak selesai, tidak mungkin saya dapat tidur malamnya. Haha.

  6. Go With Nature - Pernahkan anda yang duduk dikampung, bila pagi2 sahaja orang tua2 selalu buka tingkap untuk memberikan laluan kepada cahaya matahari masuk. Itu lah dia teknik rahsia untuk mendapatkan kesegaran maksimum di pagi hari. Pernah dengar orang cakap, matahari diwaktu pagi amatlah baik kerana boleh menjadi sumber vitamin D? Haa, dalam badan kita satu provitamin D [7-dehydrocholesterol]. Provitamin ini memerlukan cahaya UV daripada matahari untuk menjadi choliferol yang seterusnya berreaksi dengan hydroxylase dalam liver dan seterusnya berintreaksi dengan hydroxylase didalam kidney pula sebelum menjadi calcitriol [active form of vit D]. Seperti mana anda semua tahu, vit D amat penting dalam badan kita jika anda tidak mahu mendapat Liver or Kidney disease.


  7. Beat The Traffic - Haaa. Ini juga amat penting. Kalau anda tidak mahu terlewat pergi kerja ataupun pergi kelas, bangunlah awal2. Jika tidak anda mungkin akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Walaubagaimana pun, situasi ini berlainan bagi anak orang kaya. Yelah, mereka pergi ke sekola mengguna helicopter, maka, mereka tidak perlulah bangun awal. Ciss, tidak adil sungguh! Saya suka kalau saya bangun pagi2 dan hujan dengan lebatnye, sudah la sejuk menyusahkan si kaya itu menaiki helicopter untuk ke sekolah atau ke kerja

  8. More Free Time - Haaa, maka inilah yang terakhir boleh saya berikan. Betul2. Kalau anda bangun awal, dan menghabiskan kerja anda awal2. Maka, banyaklah masa anda yang terluang. Boleh la anda update blog, baca blog, klik nuffnang, cari idea atau maklumat berguna dalam internet and even merapatkan jurang yang sudah jauh! Haa... cubalah anda semua bangun awal. Anda pasti merasa kelainannye
Haha. Maka selesai sudah entry saya kali ini. Semua ini gara-gara saya bangun lewat dan terlepas peluang untuk main game. Sangat tidak suka, tetapi agak bernasib baik sebab hari ini cuti. Maka saya pun adalah masa untuk update blog ini. Itu belum dikira katil yang masih tidak berkemas, buku yang masih berterabur dan baju yang masih belum basuh. Aduss..

p/s : saya semakin rajin?
p//s : blog sudah maju lah!!

2 comments:

Lucy S. said...

hey hey hey! bangun pagi sebab nak usha matahari terbit. hahaha!

paAn said...

Ngee.. memang la. best tuh, tapi sni xde matahari.. :( same je mlm ke pagi. pehal ntah sejuk nau

Related Posts with Thumbnails